Sunday, January 20, 2008

Tips untuk meraih undi

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh digunakan semasa berkempen terutamanya diluar bandar.

1. Memahami latar belakang pengundi luar bandar dan cara hidup mereka (bukan bermaksud mereka kurang pandai)

2. Jangan tanamkan sifat membenci kepada kerajaan tetapi berhujah tentang dasar-dasar kerajaan yang sudah menyimpang ataupun gagal. Tak perlu bercakap tentang WPI, NECR, ECER, FDI, pasaran saham dsbnya. Cakap tentang perkara-perkara mudah dan isu-isu yang mudah difahami dan melibatkan mereka. gunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami dan lebih baik kalau menggunakan dialek mereka.

3. Tanya mereka apa yang boleh kita lakukan bersama. Jangan berjanji yang bukan-bukan. Senaraikan janji-janji kita dan jangan berlebih-lebih. Galakkan pengundi berfikir mengapa kerajaan sekarang tidak mampu menangani isu-isu mudah. Tanya mereka apa yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin ini. Cuma tanya, jangan tuduh. Biarkan pengundi yang memberi jawapan. Kita cuma memimpin mereka memberikan jawapan yang kita mahu.

4. Kurangkan bercakap tentang cukai. Orang kampung tak bayar cukai secara terus. Sebaliknya banyak menerima bantuan.

5. Mainkan perasaan mereka. Adakah wajar sekiranya pemimpin dan pegawai yang diberi gaji dan tanggungjawab, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab. Apa hukum makan gaji buta, menipu dan menyeleweng?

6. Bolehkah kita memberikan peluang kepada kerajaan hari ini sekali lagi? Ataupun kita tunggu 5 tahun lagi untuk melakukan perubahan? Adakah anda pasti anda akan hidup 5 tahun lagi?

Isu-isu semasa.

Bekalan minyak masak.

Bagaimana boleh terjadi, sebuah negara pengeluar minyak sawit terbesar didunia tetapi rakyatnya menghadapi kekurangan minyak masak? Kemana perginya semua minyak masak yang dihasilkan? Adakah kita bukan lagi pengeluar minyak masak ataupun kerajaan sengaja hendak menaikkan harga? Tanya mereka...dan mereka akan memberikan jawapan. Bersetuju dengan mereka dan eksploit keaadan itu. Buat kesimpulan daripada jawapan mereka yang menuju keraha - kerajaan tidak tahu bagaimana hendak mengurus ataupun rasuah. (jangan tuduh).

Kenaikan harga petrol

Bagaimana ini boleh terjadi kepada negara pengeluar minyak? Bandingkan dengan negara pengeluar minyak utama didunia. Ambil contoh Dubai. Petronas untung berbillion ringgit, apa sumbangan Petronas kepada rakyat? Kemana perginya untung Petronas? Tanya mereka, berapa lama simpanan minyak Petronas boleh bertahan? Apa jadi selepas itu? Mungkin mereka tidak mampu memberikan jawapan, lantas kita berikan jawapan kita.

Kenaikan yuran sekolah.

Semua ibubapa tentu suka isu ini dan terpulanglah kepada penceramah untuk mengeksploitasi isu ini. Tapi jangan janji yang bukan-bukan. Kalau kita nak janjikan pendidikan percuma, macam mana? Biarlah alasan kita itu logik, bukan retorik semata-mata.

Kenaikan kadar tol.

Orang kampong jarang gunakan tol dan mungkin tidak merasakan kesannya. Tahun ini tol tak naik jadi, nak heboh apa. Terangkan kepada mereka mengenai perjanjian dengan pemegang konsesi tol. Bila tol tak naik, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi. Mana kerajaan dapat duit? Sudah tentu dengan menaikkan cukai. Itu sebab gula, tepung, minyak semua naik sebab kerajaan perlukan duit untuk membayar pampasan tol. Hasilnya, orang kampung yang tak pakai lebuhraya pun terpaksa membayar!

Kenaikan kadar jenayah.

Apa jadi kepada imej polis kita? Dulu polis kita adalah diantara polis yang terbaik didunia. Special Branch kita dianggap kedua terbaik selepas Mossad Israel. CIA, FBI dan Scotland Yard pun minta bantuan kita. Tak percaya tanya Datuk Zaman Khan. Tapi sekarang, SB cuma cari orang politik, CID cuma cari orang Indon, Bangla dan wanita Cina.

Kes Nurin diKL, Chia Kha Man diGopeng, Presheena diKL dan yang terbaru, Sharlini Mohd Nashar dari Kampug Medan, semua tak boleh selesai! Gunakan komen Lim Kit Siang, cukup bagus. Sekarang nak suruh anak kekedai beli gula pun tak selamat!

Dikampung, kes curi getah semakin menjadi-jadi. Kita toreh, orang lain kutip. Kalau dulu, curi kambing adalah sesuatu yang tidak likakukan orang kerana dianggap sial, tapi sekarang, kita bela orang lain tukang jual.

Kita tahu polis sepatutnya bagus, pandai menjaga keselamatan, tapi pasal apa jenayah meningkat. Salah polis atau salah kita? Jangan salahkan anggota polis, tetapi salahkan pemimpin yang memimpin pasukan polis. Kemudian salahkan pemimpin politik yang memilih pemimpin polis itu. Sudah tentu, salah kita lebih besar kerana memilih pemimpin yang tak tahu memimpin.

Kenaikan harga elektrik

Setiap tahun, TNB buat untung besar, berbillion-billion. Lagipun, pengguna membayar bil secara tunai. Kalau tak bayar, potong. Bila TNB nak naikkan tarif elektrik, selalunya sebab tiada aliran tunai yang cukup, kos pengeluaran meningkat dsbnya. Siapa yang menyebabkan aliran tunai TNB menjadi negatif? Sudah tentu pejabat-pejabat kerajaan yang berhutang. Industri-industri besar yang berhutang. Jadi pasal apa rakyat yang terpaksa menanggung beban.

(Terima kasih Instinct)

Balik kemuka depan.....


No comments: