Monday, December 31, 2007

Kes Subashini: Tiada kena mengena dengan ugama - Pengarah IKIM

Soalan: Apakah yang dikatakan keadilan didalam Islam?

Jawapan: Keadilanmembawa maksud meletakkan sesuatu ditempat yang sesuai. Semua perkara mempunyai tempatnya. Dalam kes ini, sekiranya anda membuat perjanjian secara sivil, maka tempat yang sesuai utuk menamatkan perjanjian itu mestilah juga secara sivil.

T. Saravanan @ Muhammad Shafi sepatutnya diberitahu oleh mereka yang bertanggungjawab, bahawa Islam memberikan penekanan tentang betapa pentingnya membuat dan membatalkan sesuatu perjanjian.

Disini, terdapat seorang yang melakukan perkahwinan secara sivil dengan R. Subashini, seorang Hindu. Oleh itu, untuk membatalkan perjanjian yang telah dibuat secara sivil, maka dia sepatutnya kembali kepada penguasa sivil untuk membatalkanya.

S: Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan hanya mahkamah sivil berhak untuk membatalkan perkahwinan. Dalam masa yang sama, mahkamah juga menyatakan bahawa Shafi mempunyai hak untuk memohon kepada mahkamah syariah dan mendapatkan perceraian disana.

J: Ya, tetapi perceraian itu (dimahkamah Syariah) tidak akan di iktiraf. Ia hanya di iktiraf sebagai bukti oleh mahkamah sivil bahawa perkara tersebut dilakukan dimahkamah syariah.

S: Apakah tanggungjawab Saravanan terhadap keluarganya, dan apakah tanggungjawab Shafi terhadap keluarganya? Adakah ianya berbeza?

J: Tidak. Ianya tetap sama. Tidak kira sama ada Saravanan ataupun Shafi. Dia adalah orang yang sama, oleh itu, tanggungjawabnya masih kekal. Sebagai Muslim, tanggungjawabnya sekarang ialah mendidik anak-anaknya tentang Islam. Tanggungjawabnya ialah mendidik mereka. Si ibu tidak bertanggungjawab dalam hal ini – kerana beliau tidak diamanahkan dengan tanggungjawab itu.

S: Anak kedua mereka bukan seorang Muslim sekarang ini.

J: Siapa kata bukan Muslim? Menurut Islam, setiap kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah, yang bermaksud mempunyai kecenderungan terhadap Islam sejak lahir.

Anda mungkin dilahirkan hasil perkahwinan secara Hindu, Buddhist atau Kristian, tetapi bagi orang-orang Islam, kanak-kanak tidak dilihat sebagai Kristian, Hindu atau pun Buddhist. Apa yang kita lihat ialah, “ Inilah kebesaran Allah. Lihatlah apa yang telah diciptanya”

S: Oleh itu, maka tidak perlu bertukar ugama?

J: Tepat sekali. Bagaimana anda hendak menukar ugama seorang kanak-kanak.Pertama sekali, apabila anda bercakap tentang pertukaran ugama, anda bercakap tentang tanggungjawab. Untuk memiliki tanggungjawab, anda perlu memahami apakah yang dipertanggungjawabkan. Apakah seorang kanak-kanak dapat memahami apakah tanggungjawabnya?

Allah tidak menyalahkan kanak-kanak. Itulah sebabnya, terdapat apa yang dipanggil umur baligh – umur kematangan - secara amnya sekitar 15 tahun. Pada masa itu, dia bersedia untuk menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Dan dia juga bersedia menerima pertanggungjawaban – yakni pembalasan.Tetapi sebelum itu, tidak ada pembalasan.

S: Jadi, mengapa perlu menukar ugama?

J: Tidak perlu. Tuhan sendiri mengatakan itu bukan tanggungjawab kanak-kanak.

S: Bagaimana dengan kes-kes dimana ibu dan bapa berlainan ugama?

J: Tanggungjawab Shafi ialah membesarkan anak-anaknya menurut Islam. Tanggungjawabnya ialah mendidik, memberikan mereka makanan dan pakaian.

Sekiranya dia risau bahawa anak-anaknya akan mengikut ugama ibunya apabila besar, kerisauannya tidak berasas. Kerana dia sendiri adalah contoh. Tidak ada jaminan dimana sekiranya anda dilahirkan oleh ibu yang berugama Hindu, Buddhist ataupun Kristian – malah Muslim sekalipun- anda akan kekal dengan ugama tersebut.

S: Bagaimana dengan mereka yang menukar ugama tanpa memberitahu isteri ataupun keluarga, dan tiba-tiba, isteri mereka mendapat tahu bahwa mereka bukan lagi seorang isteri.

J: Sekiranya kita mahu menetapkan semuanya sebagai undang-undang, maka terdapat kecenderungan kita akan melihat secara luaran. Tidak ada hikmah.

Katakan, seorang bukan Islam, tinggal didalam masyarakat besar yang berugama Islam. Dia mahu memeluk Islam. Untuk keselamatannya, mungkin dia merasakan, “Kalau aku beritahu kepada masyarakat aku, mungkin mereka tidak akan menerimanya, dan mungkin mereka akan mengancam aku. Oleh itu, aku mesti berdiam diri”

Tetapi dia masih lagi mahu memeluk Islam dan dia pun melakukannya. Terdapat hikmah didalam perkara ini. Demi keselamatannya, dia tidak memberitahu sesiapa. Itu saja.

S: Didalam masyarakat yang berbilang ugama dan budaya yang dikatakan toleran dan saling menghormati, apakah gunanya berugama kalau seseorang itu tidak boleh melakukannya secara terbuka.

J: Siapa kata tiada kebebasan disini? Anda boleh memilih apa ugama anda dalam negara ini.

S: Tetapi sesorang itu tidak boleh menukar ugamanya dengan mudah.

J: Anda tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan satu kes. Kalau anda merujuk kepada kes Lina Joy, bagaimana anda tahu bahawa ianya tidak mudah untuk menukar ugama berdasarkan satu kes?

Dalam kes Lina Joy, ianya tidak ada kena mengena dengan ugama ataupun sama ada dia mahu menukar ugama atau tidak. Dia sebenarnya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Terdapat tanggapan bahawa system syariah itu tidak adil. Peguamnya menyokong idea ini disebabkan mereka meramalkan bahawa anda tidak mungkin mendapat keadilan dimahkamah syariah.

Justeru itu, tanggungjawab sekarang bukanlah terletak kepada mahkamah ataupun orang-orang didalam mahkamah, tetapi terletak kepada ugama itu sendiri.

Tidak masuk akal. Dalam kes Lina Joy ini, orang-orang Islam juga terasa tersinggung dan marah, bukan kerana dia meninggalkan Islam tetapi kerana mereka dinafikan tanggungjawab untuk memimpin beliau kearah jalan Islam. Peguamnya menjerit mengatakan bahawa kita menafikan kebebasannya berugama. Bukan itu sebabnya. Kalau dia mahu keluar dari Islam, biarkan.

Tetapi masyarakat Islam juga mempunyai hak untuk berjumpa dan bertanya mengapa dia mahu meninggalkan Islam. Bagi orang-orang Islam, Islam adalah ugama yang lengkap. Oleh itu, adalah pelik bagi orang-orang Islam sekiranya ada orang yang mahu keluar dari ugama Islam. Ini adalah hak orang-orang Islam – mereka mempunyai hak sebab mereka mempunyai tanggungjawab terhadap ummah . Sekiranya mereka dinafikan hak ini, sudah pasti orang-orang Islam akan tersinggung.

S: Itu kalau dilihat dari perspektif Muslim.

J:
Lihat juga dari perspektif bukan-Muslim. Mereka juga tersinggung kalau mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan mereka yang mahu keluar dari ugama mereka dan memeluk Islam.

S: Apa yang menyinggung perasaan bukan-Muslim ialah orang-orang Islam ditahan sekiranya mereka ingin keluar dari ugamanya.

J: Adakah ini ada kena mengena dengan ugama ataupun ketidakadilan pengurusan? Bagi saya, ia tidak ada kena mengena dengan ugama. Bagaimana mereka melakukannya, itu perkara lain. Apabila anda bercakap tentang penahanan, rampas mayat dan sebagainya, itu semua adalah pengurusan. Saya tidak bersetuju sama sekali.

S: Mengapa ianya berlaku?

J: Hilang adab, tidak tahu dan mereka yang diletakkan sebagai penguasa tidak mempunyai ilmu. Mereka tidak mempunyai hikmah. Mereka hanya membiarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak peduli. Semuanya atas nama ugama. Anda tidak boleh melakukannya.

Saya tidak peduli sama ada anda seorang Islam, Hindu, Kristian ataupun Buddhist.Anda tidak boleh menggunakan ini semua sebagai alat untuk kepentingan politik. Dan itulah yang berlaku.
Sekarang, kes Subashini dan Saravanan. Saya amat bersimpati dengan kedua-duanya, dan juga anak-anak mereka. Mereka ini menjadi mangsa.

Menurut ajaran Islam, Rasulullah tidak suka kepada perceraian. Dia amat membencinya. Tetapi dia berkata, “ Sekiranya tiada pilihan melainkan perceraian, biarlah perceraian itu dalam suasana yang baik”. Jadi, selesaikanlah secara baik.

Mengapa Shafi tidak dinasihatkan tentang perkara ini? Mengapakah peguam Subashini tidak menasihatkan beliau tentang ini? Akhirnya, mereka juga yang tersiksa. Adakah anda fikir peguam dan hakim akan tersiksa? Tidak. Sebaliknya orang-orang ini – Shafi, Subashini dan anak-anak mereka – yang merana.

Ini adalah masalah keluarga. Mengapa masyarakat cuba mengeksploitasi perkara ini?

S: Mungkin ia sudah menjadi asas untuk tuntutan yang lebih besar?

J: Masyarakat sudah menjadi bingung. Tuntutan besar apa? Kebebasan berugama? Apakah anda tidak bebas? Tiada sesiapa yang memaksa sesiapa.

S: Mungkin bukan dalam kes Shafi, tetapi terdapat beberapa contoh dimana orang-orang bukan Islam memeluk Islam untuk mengelak dari tanggungjawab.

J: Mereka menyalahgunakan sistem. Anda tidak boleh pergi kemahkamah syariah, memeluk Islam, untuk melarikan diri dari sesuatu. Perjanjian amat penting dalam Islam.

S: Tetapi dalam hal ini, dimana seseorang itu mengaku sebagai Islam, dan anda mesti mempercayainya kerana dia seorang Muslim. Patutkah syariah memberikannya perlindungan, dimana mungkin dia mencari perlindungan atas sebab-sebab yang lain?

J: Apabila seseorang itu mengaku Muslim, anda sebenarnya boleh mengetahu sama ada dia benar-benar Muslim atau tidak, melalui tiga perkara.

Apabila dia berjanji, dia mungkir. Apabila diberi tanggungjawab, dia lari dari tanggungjawab. Apabila dia bercakap, dia berbohong. Ini adalah sifat-sifat orang munafik.

Jadi, kalau seseorang itu mengaku Muslim, tetapi tingkah lakunya menunjukkan sebaliknya, maka dia bukanlah Muslim.Jadi, kalau seseorang itu memeluk Islam kerana ingin melarikan diri dari sesuatu, anda tidak perlu melindunginya. Anda kena tunaikan tanggungjawab anda.

Sekiranya seseorang itu baru memeluk Islam, maka tidak timbul soal pembahagian harta menurut Islam, kerana semua harta yang dikumpul ketika dia masih lagi bukan Muslim.
Apa saja harta yang dikumpul selepas dia menjadi Muslim, itu lain. Itu kepunyaannya – isterinya tidak mempunyai hak dalam hal ini.

Pada pendapat saya, Dalam kes Subashini, isteri sepatutnya mendapat penjagaan anak-anak. Mereka masih kecil. Mereka memerlukan ibu mereka.

S: Keputusan mahkamah ini berlainan dengan kes Lina Joy, dimana pada masa itu, mahkamah mengatakan mereka tidak mempunyai bidang kuasa. Kali ini mereka mengatakan mereka mempunyai bidang kuasa tetapi anda boleh juga pergi kesebelah sana (mahkamah syariah).

J: Ia satu penghakiman yang samar-samar. Saya bimbang. Perkara ini akan memuncak dan orang akan mula menuduh Islam, dan ugama keseluruhannya, sebagai punca masalah. Tetapi ia bukannya Islam. Dan ini bukan masalah Muslim sahaja, ia adalah masalah semua orang.

S: Sekiranya pihak yang tidak memeluk Islam enggan memfailkan perceraian dimahkamah sivil, tetapi pihak yang memeluk Islam mendapat pengesahan perceraian dari mahkamah syariah, Apakah ini akan melepaskan tanggungjawab pihak yang memeluk Islam dari perkahwinan sivil mereka?

J: Ini masalahnya. Disatu pihak, mahkamah syariah hanya mendengar pihak orang-orang Islam. Disatu pihak lain, mahkamah sivil tidak boleh campurtangan dalam mahkamah syariah.
Justeru itu, sekiranya seorang suami memohon perceraian manakala isterinya enggan, kita mempunyai masalah besar. Tak masuk akal. Kalau mahkamah syariah membenarkan permohonan perceraian, mahkamah sivil hanya menerimanya sebagai bukti. Tetapi pada asasnya, mereka masih suami isteri mengikut sistem sivil.

Seperti yang saya katakan, mereka sepatutnya diberitahu: “Kalau anda mempunyai isteri bukan Islam, yang dikahwini secara sivil, dan sekarang anda menjadi Muslim, tanggungjawab anda ialah balik dan menyelesaikannya mengikut cara sivil juga”. Ini akan menyelesaikan masalah.

S: Apakah penyelesaian yang sepatutnya berlaku dalam kes Subashini ini?

J: Seperti yang saya katakan diawal tadi, kalau anda berkahwin secara sivil, perceraian anda juga perlu dilakukan secara sivil.

Shafi sepatutnya dinasihatkan dengan betul. Isterinya juga perlu dinasihatkan dengan betul. Semua pertengkaran ini tidak sepatutnya berlaku.

Isterinya berkata dia dilayan secara tidak adil. Saya bersetuju dengannya. Tetapi saya juga bersetuju dengan Shafi. Dia juga dilayan secara tidak adil.

S: Apakah yang akan anda katakan kepada mereka yang melihat isu ini sebagai pertentangan diantara Muslim/bukan Muslim?

J: Tidak. Ini semua tidak ada kena mengena dengan ugama. Semua ini adalah masalah pengurusan.

S: Jadi, apakah yang perlu kita lakukan untuk membetulkan ketidakadilan ini?

J: Singkir mereka yang menyebabkan masalah, dan lantik mereka yang berkelayakan untuk berhadapan dengan isu ini. Singkir mereka yang tidak layak, kerana mereka telah memesongkan rakyat.


Kembali kemuka depan...

No comments: