Friday, December 21, 2007

Landasan Berkembar: Hentikan kegilaan ini - Kim Quek

Penganugerahan kontrak untuk membina landasan berkembar dari Ipoh kePadang Besar yang bernilai RM 12.5 billion, dijangka akan menjadikan projek ini satu lagi projek pembaziran, yang hanya akan menambah koleksi projek gajah putih dinegara ini.

Amat jelas, sekiranya diperhatikan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masa ini. Dengan jaringan landasan sepanjang 1,700km yang merentasi segenap pelusuk Semenanjung Malaysia, KTMB hanya memperolehi RM288 juta hasil pengangkutan yang diperolehi pada tahun 2006, melalui sumbangan seperti berikut:

Perkhidmatan antara Bandar RM71 juta
Perkhidmatan komuter dikawasan Kuala Lumpur RM 85 juta
Perkhidmatan kargo RM132 juta
Jumlah RM 288 juta

Menuruti perkiraan kami, jumlah pendapatan melalui pengangkutan seluruh semenanjung berjumlah RM203 juta, tidak termasuk perkhidmatan komuter dikawasan Kuala Lumpur, yang dihasilkan menerusi landasan keretapi sepanjang 1,525 km, (1,700-175). Dengan mengasingkan 30% dari jumlah pendapatan ini kepada sektor Ipoh-Padang Besar (walaupun laluan ini hanyalah 22% daripada jumlah panjang keseluruhan iaitu 1,525 km), pendapatan sepatutnya ialah RM60 juta.

Kita bersetuju, jumlah penggunaan akan meningkat selepas projek ini disiapkan tetapi terdapat had kepada pertambahan. Katakan, pendapatan meningkat 7 kali ganda, pendapatan tahunan masa depan untuk laluan ini berjumlah RM420 juta – cuma 3.3% daripada jumlah pelaburan awal sebanyak RM12.5 billion.Pendapatan yang begitu rendah kerana penggunaan yang rendah menunjukkan, projek ini tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi ataupun sektor pengangkutan apabila siap kelak.

Sebaliknya, mari kita berfikir sejenak, apakah makna RM12.5 billion ini kepada rakyat jelata.Pertama, setiap rakyat dinegara ini terpaksa menanggung beban sebanyak RM2,500.00 seorang.Kemudian, sekiranya wang ini dibelanjakan untuk kegunaan lain, kerajaan pasti akan dapat menyiapkan mana-mana perkara dibawah.·

Menanam pokok kelapa sawit berjumlah 1.2 juta hektar ( 3 juta ekar) yang mampu menjana pendapatan berjumlah RM10 billion. (5 juta tan @ RM2,000 se tan)·

Membina 400,000 rumah kos rendah kepada 2 juta penduduk yang memerlukan.· Mengadakan 100 institusi pengajian tinggi bersaiz sederhana, yang mampu menampung 300,000 pelajar pengajian tinggi.·

Membina 1,200km lebuhraya.

Perbezaan yang begitu jelas diantara pembinaan landasan berkembar dengan projek-projek diatas jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak prihatin dengan pembangunan yang diperlukan pada peringkat ini ketika negara masih memerlukan dana untuk membiayai keperluan pembangunan sosio-ekonomi masa kini. Tetapi kerajaan telah memilih untuk melaksanakan projek ini dan lebih mengecewakan, ianya dilakukan dalam keadaan yang tidak terurus.

Pertama, tidak ada kajian terperinci mengenai kos-faedah. Bagi sebuah projek yang dilabelkan sebagai yang terbesar pernah dilakukan (yang merentasi dari utara keselatan apabila siap kelak ), pengecualian kajian ini amat mengejutkan, walaupun difahami, kabinet sememangnya sedar bahawa cadangan projek ini tidak mungkin diluluskan sekiranya kajian awal dilakukan.

Kedua, projek ini tidak pernah dibincangkan didalam kabinet – tidak semasa era Mahathir dimana kontrak ini telah diberikan kepada usahasama Gamuda Bhd – MMC Corp Bhd dengan cara yang meragukan pada Oktober 2003 (tetapi digantung pada Dec 2003). (lihat nota 1), malah tidak juga dizaman Abdullah ketika ianya disambung kembali padda March 2007. (lihat nota 2)

Ketiga, Jawatankuasa Kabinet mengenai Pengangkutan Awam – bukan Menteri Kabinet – merupakan badan yang membuat keputusan untuk memulihkan projek ini dan memberkan kontrak ini kepada kontraktor yang sama didalam mesyuarat jawatankuasa kecil yang diadakan pada 16 March 2007 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, yang juga membuat pengumuman. Dengan membiarkan sebuah jawatankuasa kecil yang dipengerusikan oleh Najib untuk membuat keputusan terhadap sebuah projek yang begitu penting, menampakkan kepimpinan Abdullah yang lemah dan juga memperlihatkan bagaimana keputusan penting yang diperlukan didalam sesuatu proses itu dipandang ringan. Sesiapa pun akan tertanya-tanya: Adakah Najib telah mengambil alih kuasa Perdana Menteri dan kabinet?

Keempat, tiada tender terbuka diadakan untuk projek ini. Lebih teruk, keputusan untuk menganugerahkan tender ini kepada Gamuda – MMC dibuat sebelum sebutharga diketahui oleh kerajaan, lantas melemahkan kuasa untuk berbincang dan membuka ruang untuk rasuah dan penyelewengan. Bagi sebuah kontrak sebesar ini, berbillion ringgit boleh di selewengkan begitu mudah dan seterusnya membebankan pembayar cukai. Apakah yang telah terjadi dengan janji-janji Abdulah terhadap tender terbuka, ketelusan dan kebertanggungjawaban?

Kelima, adalah tidak wajar, pengumuman bersejarah tentang penganugerahan rasmi ini, beserta harga yang diputuskan, dibuat oleh kontraktor yang juga bertindak sebagai jurucakap yang bercakap dengan panjang lebar tentang justifikasi ekonomi, manakala kerajaan berdiam diri?
Adakah ini tanggungjawab kontraktor untuk membenarkan perbelanjaan awam kepada pembayar cukai? Bukankah ini merupakan tanggungjawab menteri kabinet? Mengapa mereka berselindung disebalik kontraktor? Bukankah menteri-menteri sewajarnya menampilkan diri dan bermegah dengan pelancaran satu projek yang besar ini, sekiranya mereka percaya ia akan memberikan pulangan yang lumayan kepada rakyat?Bagi sebuah projek yang besar tetapi memberikan pulangan yang tidak sewajarnya, beberapa persoalan serius memerlukan jawapan.

Mengapakah Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad mahu mempercepatkan projek landasan berkembar ini, sehinggakan dengan secara diam-diam mengeluarkan surat tawaran kepada Gamuda-MMC hanya beberapa hari sebelum dia meletakkan jawatan pada 31 Oktober 2007? Kontrak yang disebutkan pada masa itu adalah pembinaan kedua-dua sektor Ipoh-Padang Besar diutara dan sektor Seremban-Johor Bahru diselatan. Yang berjumlah RM14.5 billion.Setelah bertindak wajar dengan membatalkan projek ini ketika mula mengambil alih kuasa pada December 2003, mengapa ianya dipulihkan kembali pada March 2007? Apakah kewajaran untuk memulihkannya? Siapa yang membuat keputusan?Tanpa kewajaran ekonomik ataupun sosial, apakah kesimpulan yang boleh dibuat? Apakah kewajaran ini berlandaskan sikap tamak haloba pemberi dan penerima kontrak ini?

Nota 1: Keadaan ketika projek landasan berkembar dianugerahkan pada Oktober 2003 (dibawah Mahathir) dan digantung pada December 2003 (dibawah Abdullah) telah diterangkan didalam artikel saya di Malaysikini pada 17.12.2003 dibawah tajuk “Double Tracking: Government back on track”, dan juga diterbitkan didalam buku saya “Where to, Malaysia?” sebagai artikel no 71.

Nota 2: Saya menulis komen mengenai pemulihan projek ini pada March 2007 didalam artikel saya diMalaysiakini pada 19.03.2007 dibawah tajuk “Najib runaway train or Pak Lah Express changes route?”

Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal " Double tracking: Stop the madness" oleh Kim Quek. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk artikel asal disini..


Balik ke muka depan......

No comments: