Thursday, December 27, 2007

UMNO Pahang seleweng bantuan mangsa banjir

sumber : Malaysia Today

Ahad, 23 December 2007.

Kami berada diPahang bersama NGO untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Kami menerima barang makanan dan selimut dari beberapa gudang dan menghantar ke pusat pengedaran bantuan. Dari sana, barang makanan dibungkus dan disusun. Sukarelawan yang lainnya berserta penduduk kampong kemudianya akan datang untuk mengambil dan membahagikan kepada penduduk kampong. Sejak enam hari lepas, ramai daripada sukarelawan telah bekerja sehingga pukul dua pagi, membungkus dan menghantar bantuan makanan kekampung-kampung.

Media perdana seperti NST, Star dan Utusan Malaysia telah membuat lapuran palsu mengatakan semua kerja-kerja bantuan berjalan dengan licin. Jauh panggang dari api. Terdapat penyelewengan yang berleluasa berlaku dimana bantuan makanan diPahang telah diselewengkan oleh Umno Pahang dengan begitu terancang dan sistematik.

DiTemerloh, dua treler yang penuh dengan muatan beras telah hilang tiga hari lalu. Dua daripada treler tersebut telah dihantar keBilik Gerakan Banjir yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan daripada Umno Bahagian Temerloh. Pengedar beras diTemerloh telah memberitahu kakitangan kami bahawa seseorang telah datang kepada mereka dan menawarkan untuk menjual beras-beras tersebut dengan separuh harga.

Kami memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bilik Gerakan Umno selepas insiden yang amat memalukan ini. Walaubagaimanapun, terdapat sukarelawan daripada NGO yang lain telah bersama mengiringi sukarelawan Umno untuk mengagihkan makanan dari Bilik Gerakan Umno kekampung-kampung. Disatu kawasan yang teruk dilanda banjir, penduduk dari semua bangsa, (Melayu, Cina dan India) berbaris untuk mendapatkan makanan. Walaubagaimanapun, sukarelawan dari Umno telah memberitahu penduduk secara kasar bahawa bantuan makanan dan peralatan lain hanyalah untuk orang Melayu. Orang-orang Cina dan India tidak mendapat apa-apa. Kami, sukarelawan dari NGO berasa sangat terkejut dan meninggalkan kawasan dengan perasaan marah.

Disatu kawasan estet dengan hampir 600 mangsa banjir yang hampir semuanya India, sukarelawan Umno telah menghantar hanya satu kampit beras untuk dikongsi oleh 600 orang-orang pekerja-pekerja estet dikalangan orang India dan anak-anak mereka. Beras tersebut telah ditinggalkan dipusat bantuan banjir yang terletak disebuah sokolah rendah Tamil berdekatan dengan estet tersebut. Kemudian, pekerja-pekerja estet tersebut telah diminta untuk menandatangani surat penerimaan mengatakan mereka telah menerima semua bantuan (beras, minyak masak, makanan dalam tin, gula, garam, air mineral dan selimut). Jelas, barang-barang bantuan mangsa banjir ini telah dirampas oleh sukarelawan Umno dan dijual secara tunai ditempat lain.

Ramai daripada wanita-wanita India berasa amat marah dan menjerit, bagaimana untuk berkongsi satu kampit beras untuk 600 orang. Keesokan harinya, beberapa sukarelawan lain telah pergi ke sekolah Tamil yang sama, dan wanita-wanita India ini telah menjerit “Melayu jangan mari tolong lagi”

Dikawasan lain, bantuan diberi hanya kepada ahli-ahli Umno sahaja. Orang-orang melayu yang lain, terutama yang dikenali sebagai ahli Pas, dinafikan bantuan. Cerita ini bukan rekaan sebaliknya diceritakan oleh mereka yang terlibat secara langsung didalam kerja-kerja bantuan mangsa banjir.

Disatu kawasan lagi, kira-kira 250 orang Asli dijanjikan 50kg beras.Tetapi janji ini tidak ditunaikan sebaliknya hanya beras yang dibungkus didalam beg seberat 5 dan 10kg. Beras yang sepatutnya dihantar kepada Orang Asli oleh Bilik Gerakan tidak pernah sampai kepada Orang Asli ini. Apabila ADUN Umno datang melawat Orang Asli ini dihari berikutnya dan bertanya sama ada mereka sudah makan, Orang-orang Asli ini telah menjerit kepada ADUN tersebut “awak semua penipu!”. Sekali lagi beras telah di rampas oleh sukarelawan Umno dan dihantar ketempat lain.

Untuk tujuh hari pertama, ahli Parlimen Temerloh, Mohd. Sarit Hj. Yusoh telah hilang dari Temerloh. Dia langsung tidak melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Mangsa-mangsa banjir telah menaikkan sepanduk diTemerloh bertanya, “Dimana Yang Berhormat?”. Sepanduk ini telah diturunkan oleh polis. Semua berita ini tidak dilaporkan oleh media.

ADUN MCA dari Mentakab merupakan ADUN yang dilihat bekerja keras dikawasan yang dilanda banjir. Manakal ADUN Umno tidak menampakkan diri sebaliknya bersama-sama menyelewangkan bantuan mangsa banjir.

Disebabkan ketidakjujuran dan penyelewengan yang dilakukan oleh sukarelawan Umno, mangsa-mangsa banjir tersangat marah dan keadaan tegang berlaku dikawasan terlibat. Media arus perdana tidak melaporkan apabila Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Kuantan, melawat kawasan berkenaan, dan mangsa-mangsa banjir telah menjerit dan membaling batu kearahnya. Timbalan Menteri tersebut terpaksa beredar dari situ.

Ini adalah cara bagaimana Umno Pahang menyelewengkan bantuan makanan. Mereka menggunakan Bilik Gerakan ataupun Pusat Operasi Bantuan Banjir yang dikendalikan oleh sukarelawan dari beberapa Umno Bahagian. Mereka menguasai Bilik Gerakan dan mempunyai maklumat penerima bantuan banjir disemua kawasan. Paling penting, mereka bertanggungjawab terhadap pembelian barang-barang makanan. Berjuta ringgit duit pembayar cukai telah digunakan oleh kerajaan dan disalurkan melalui Bilik Gerakan ini. Sukarelawan Umno ini telah meminta pembekal dan pekedai untuk memberikan mereka resit palsu dan menaikkan jumlah harga barangan. Sebagai contoh, sekiranya sekampit beras seberat 5kg bernilai RM10.00, mereka meminta pekedai menulis resit sebanyak RM60.00.

Ini bermakna, pada peringkat awal lagi mereka telah mencuri sebanyak RM50.00. Kemudian beras itu dicuri dan tidak dihantar kepada mangsa-mangsa banjir. Sebaliknya, beras tersebut telah dijual ditempat lain separuh harga, lebih kurang RM5.00. Keseluruhannya, mereka mencuri sebanyak RM55.00. Penyelewengan yang berleluasa oleh Umno Pahang ini berlaku diTemerloh, Pekan dan beberapa kawasan yang dilanda banjir diPahang sejak banjir mula melanda.


Balik kemuka depan...

No comments: