Thursday, December 27, 2007

Samy Vellu semakin gelabah - Xavier Jayakumar

Serangan Samy Vellu terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini menunjukkan bagaimana kewibawaan Samy dan MIC yang semakin menurun. Tuduhan melulu sedemikian menunjukkan bahawa kedua-dua Samy dan MIC sedang menghadapi masalah yang teruk.
Samy Vellu menuduh Anwar bertindak secara perkauman semasa insiden Kampong Rawa pada tahun 1998. Hakikatnya, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin kerajaan yang berani turun kebawah untuk menyelesaikan konflik antara kaum dan ugama yang berlaku pada masa itu.

Anwar tetap turun walaupun dengan menentang nasihat polis dan tiada seorang pun pemimpin Umno, malah Samy Sellu sendiri yang berani ketempat kejadian. Anwar berkeras mahu berjumpa dengan kedua-dua belah pihak untuk mencari penyelesaian terhadap krisis itu, walau bagaimana susah sekalipun. Penyelesaian beliau dengan mencari tapak alternatif untuk kuil Hindu telah berjaya meredakan keadaan.

Sifat adil dan saksama ini menunjukkan sikap dan pendekatan PKR terhadap hubungan kaum dan ugama diMalaysia, yang mengutamakan dialog dan perbincangan, bertentangan dengan strategi kerajaan hari ini yang menggunakan kekekerasan untuk menutup kebebasan bersuara.
Untuk mencapai impian ini, PKR diatas landasan kepelbagaian kaum, membenarkan orang-orang India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan dan lain-lain untuk duduk setaraf dalam menyelesaikan masalah Malaysia,bukan seperti sistem yang terdapat didalam Barisan Nasional dimana setengah parti lebih berkuasa dari yang lain dan setiap masalah adalah masalah perkauman.

Parti-parti didalam BN yang berlandaskan kaum hanya hidup dengan menghina bangsa yang lain. Oleh kerana Samy Vellu terlalu takut untuk mengkritik Umno secara terbuka, dia kini terpaksa mengalih perhatian kepada Anwar. Tindakan pengecut ini dilakukan hanyalah untuk menutup kelemahan beliau yang telah gagal untuk bangun menentang sikap perkauman dan rasuah yang berleluasa didalam Umno, yang merupakan sebab utama kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat India dan semua bangsa lain yang miskin.

Ketegasan komitmen kami terhadap keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia telah menyebabkan Samy vellu menuduh Anwar sebagai anti-Hindu manakala dimasa yang sama, Umno telah menyebarkan dakyah melalui ribuan risalah yang mengatakan Anwar telah menjadi terlalu pro-Hindu.

Hakikatnya, BN sendiri bertelagah untuk bersetuju tentang yang mana satu yang benar, menunjukkan ketegasan Anwar dan PKR dalam usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai bangsa yang diterima semua.

Balik kemuka depan......

No comments: