Friday, December 21, 2007

Tiga Jahanam - Raja Petra

Anda mungkin pernah mendengar tentang unholy trinity diPutrajaya – Bapa, anak dan holy ghost. Nanti, Jesus Christ tidak tinggal diPutrajaya, jadi batalkan rancangan anda untuk kesana hari Selasa ini. Bapa yang dimaksudkan disini ialah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, anaknya Kamal dan menantunya Khairy; yang mana setengah orang lebih suka menyamakanya dengan syaitan daripada holy ghost. Walaupun dengan kehadiran Jibrail, anak Khairy, ia masih belum dapat menukar unholy trinity kepada holy trinity.

Sementara semua mata tertumpu kepada holy trinity diPutrajaya, terdapat satu lagi unholy trinity, dan setakat ini tidak diberi perhatian dan sedang melakukan kejahatan mereka secara diam-diam tanpa sesiapa pun memberi tumpuan ataupun heboh dengan apa yang sedang mereka lakukan. Pakatan jahat ini ialah diantara Peguam Negara (AG), Ketua Polis Negara (KPN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Mari kita imbas kembali apakah yang telah berlaku setakat ini, untuk faedah mereka yang tidak mengikuti perkembangan ini melalui Malaysia Today.

Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan (BJP) ketika ini sedang mengerjakan haji diMekah.Biarpun ketika beliau sedang tawaf mengelilingi Ka’bah, ACA sedang menyediakan beberapa tuduhan baru untuk mendakwa beliau sekembalinya keMalaysia. Ini membuatkan saya bertanya, adakah Allah sebenarnya mendengar semua doa anda walaupun anda sedang berdoa di pekarangan ‘rumah’nya, sebagaimana orang-orang Islam percaya tentang Ka’bah. Mungkin Tuhan memilih untuk berkecuali, agar sejajar dengan kepercayaan orang-orang Islam bahawasanya Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia mengubah nasibnya sendiri.

Ya, Tuhan tidak akan mengubah nasib anda. Anda perlu berusaha untuk melakukannya sendiri. Dan sekiranya anda meloncat dihadapan sebuah bas yang sedang bergerak dan menjerit, ‘Tuhan selamatkan aku”, anda tetap akan mati dalam beberapa saat. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad “ikatlah unta kamu dahulu, kemudian berdoa kepada Tuhan semoga ianya selamat”. Orang-orang melayu sepatutnya mengambil iktibar dari falsafah ini. Anda merancang masa depan anda. Tuhan tidak akan menolong anda sekiranya anda sendiri enggan bertindak. Pergi keMekah dan berdoa dihadapan ‘rumah’ Allah tidak akan menghalang BPR daripada menambah jumlah dakwaan terhadap anda apabila anda kembali keMalaysia selepas mengerjakan haji.

Tidak berapa lama dulu, sumber-sumber yang tidak diketahui telah membocorkan kepada media mengenai Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan telah disiasat kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Ambil perhatian mengenai ini. Dia tidak disiasat kerana mempunyai harta berjumlah RM27 juta. Dia disiasat kerana tidak mengisytihar hartanya. Dengan lain perkataan, bukan menjadi satu kesalahan untuk seorang pegawai polis mempunyai harta bernilai RM27 juta. Ia hanya menjadi satu kesalahan sekiranya dia tidak mengisytihar harta tersebut. Mereka tidak peduli bagaimana anda memperolehi harta sebanyak itu. Mereka hanya berminat sekiranya anda tidak mengisi borang mengisytiharkannya. Oleh itu, kesalahan ini hanyalah ‘kesalahan teknikal.’

Tetapi apabila Pengarah BJP ini didakwa, ia bukanlah kerana mempunyai harta atau pun tidak mengisytiharkan hartanya yang dikatakan bernilai RM27 juta. Kesalahannya adalah kerana menggunakan kapalterbang polis untuk terbang mengelilingi hutan Sabah. Ya, seorang yang pada masa itu merupakan Pesuruhjaya Polis Sabah, memandu dengan bendera berkibaran dikeretanya, akan dihantar kepenjara kerana menggunakan kapalterbang, yang mana dia mempuyai bidang kuasa untuk menggunakannya.

Kalau itu menjadi kesalahan, maka keseluruhan pegawai kerajaan sepatutnya dipenjarakan kerana menggunakan kereta kerajaan ataupun terbang dengan pesawat kerajaan. Setengah menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, malah membawa keluarga, rakan-rakan, rakan niaga dan teman wanita mereka untuk bersiar. Dan kita, pembayar cukai, membayar semua ini.

Apakah isunya disini,? Adakah Pengarah BJP menyalahgunakan kuasanya kerana menggunakan pesawat polis? Atau adakah dia mempunyai harta bernilai RM27 juta dan tidak mengisytiharkannya? Bukan. Semua yang diatas bukanlah isunya. Jadi, teruskan membaca.

Pengarah BJP mencabar dakwaan tentang kegagalannya mengisytiharkan harta. Dia meminta khidmat seorang peguam untuk menyediakan pembelaannya. Dia meminta khidmat sebuah firma perakaunan untuk mengaudit pendapatan dan perbelanjaanya dan menyediakan penyata akaun setebal Encyclopedia Brinttanica tentang kedudukan kewangannya selama 37 tahun bermula dari tahun 1970 hingga 2007. Peguamnya menyediakan pembelaannya dan dengan penyata kewangan yang terperinci sebagai bukti, menghancurkan keseluruhan dakwaan dan tuduhan kegagalan mengisytiharkan hartanya.

Dengan pembelaan yang hebat, Pengarah BJP gembira kerana kerajaan tidak mempunyai kes terhadapnya dan peguam serta akauntannya telah berjaya menyanggah kesemua tuduhan. Kemudian, BPR membuat satu lawatan mengejut kepejabat peguamnya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yag lalu dan menahannya. Anda mungkin tidak percaya, peguam tersebut ditahan kerana tidak mengisytihar hartanya! Benar, peguam yang telah melakukan kerja yang begitu hebat untuk pembelaan Pengarah BJP, yang kini dibebaskan, tetapi dia pula yang ditangkap oleh BPR. Sasaran penyiasatan ialah Pengarah BJP, yang belum lagi ditangkap. Siasatan masih belum lagi selesai tetapi peguamnya telah ditangkap dan terpaksa bermalam dilokap BPR diPutrajaya kerana ‘gagal mengisytiharkan hartanya’.

Semuanya ini tidak ada kena mengena dengan kegagalan mengisytiharkan harta. Bukan juga mengenai bagaimana harta itu diperolehi, malah langsung tidak disebut dalam penyiasatan. Semua ini adalah kerana Pengarah BJP telah menahan orang nombor dua didalam Sindiket Jenayah Terancang yang telah menguasai seluruh negara, dari selatan hinggalah keutara Malaysia. Ya, pelacuran, dadah, Along dan sindiket judi haram telah menguasai negara. Dan orang nombor satu dalam sindiket ini ialah BK Tan, yang didakwa merupakan rakan kongsi kepada Ketua Polis Negara. Dan dakwaan ini bukanlah hanya berdasarkan khabar angin ataupun sembang-sembang. Ia adalah berdasarkan beberapa affidavit yang ditandatangani oleh pegawai kanan polis dan dua pemimpin kongsi gelap yang menyerahkan surat akuan bersumpah kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum.

Sekiranya anda sudah lupa, Johari merupakan orang yang ditugaskan untuk mensabotaj Dr. Mahathir didalam pemilihan perwakilan Bahagian Kubang Pas tahun lalu. Lebih kurang 500 perwakilan telah dirasuah sebanyak RM200 supaya jangan mengundi Mahathir. Empat orang perwakilan telah membuat laporan polis dan menandatangani affidavit yang menyokong fakta ini, yang kemudiannya dilserahkan kepada Ibupejabat UMNO bila mereka membuat aduan rasmi. Ibupejabat UMNO bagaimanapun menyatakan bahawa kes ini telah disiasat dan mendapati tiada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. Salah seorang daripada pengadu tersebut telah dipukul oleh beberapa ‘kaki pukul’ daripada Umno Bahagian Kubang Pasu. Beliau mengenali semua mereka yang menyerang dihadapan rumah dan keluarganya dan dia kemudiannya membuat satu lagi laporan polis dengan menamakan semua yang memukulnya.

Tetapi polis mendapati tiada bukti dan tiada dakwaan dikenakan terhadap gangster Umno itu.
Berdasarkan siasatan polis dan affidavit yang ditandatangani oleh ramai pegawai kanan polis dan dua pemimpin kongsi gelap menunjukkan bahawa Sindiket Jenayah Terancang benar-benar wujud dan ia mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi pasukan polis. Johari mengarahkan Pengarah BJP untuk menangkap Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku Goh’, orang nombor dua dalam sindiket ini dan mengarahkan supaya dibuang daerah keKelantan dibawah Restricted Residence Order. Mereka kemudiannya menyiasat ketua ‘Tengku Goh’, BK Tan, dengan harapan, akan juga ditangkap. Beberapa pemimpin peringkat kedua sindiket ini diJohor juga ditangkap dibawah Ordinan Darurat dan ditahan tanpa bicara diPusat Tahanan Simpang Renggam. Minggu lepas, mereka semuanya dibebaskan dengan arahan Peguam Negara seperti yang kami laporkan dalam artikel "All that Crap". Tindakan juga diambil terhadap pegawai-pegai polis yang terlibat didalam penyiasatan terhadap sindiket jenayah terancang ini.

Setengahnya telah ditangkap dan ditahan semalaman dilokap polis. Setengahnya didakwa kerana penyalahgunaan kuasa. Seorang daripada mereka telah didapati mati didalam kereta akibat tembakan dan sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan tentang apa yang berlaku.

Tiimbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum, membuat keputusan untuk menyiasat sindiket jenayah terancang. Johari juga membuat keputusan untuk menahan lebih setengah dozen pemimpin sindiket jenayah ini, termasuk orang nombor dua, ‘Tengku’ Goh. Johari menandatangani perintah untuk menghantar kesemua mereka ini kePusat Tahanan Simpang Renggam, ataupun didalam kes ‘Tengku’ Goh, dia dibuang daerah keKelantan. Dan lebih sedozen pegawai polis, termasuk Pengarah BJP hanyalah mengikut arahan Timbalan Menteri. Tetapi apabila lebih sedozen pegawai polis ditangkap, Johari berdiam diri. Dan apabila Peguam Negara menghantar surat kepadanya memerintahkan beliau membebaskan ‘Tengku’ Goh, dia hanya menurut walaupun terdapat bukti untuk membuktikan kesemua mereka ini bersalah dan pegawai-pegawai polis yang ditangkap itu hanya mengikut arahannya.

Isu disini sebenarnya amat mudah dan anda tidak perlu memecahkan kepala untuk memikirkannya. Johari sedang berperang dengan Ketua Polis Negara. KPN mahukan semua pemimpin kongsi gelap yang memihak kepada Johari dihapuskan. Sebenarnya, tiga daripada pemimpin kongsi gelap ini sebelumnya ditahan dan dihantar keSimpang Renggam tanpa bicara. Johari didakwa telah membebaskan kesemua mereka dan seterusnya beliau didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM5.5 juta sebagai balasan kerana membebaskan mereka ini.
Tetapi tiada sesiapa mengetahui perkara ini sehinggalah satu laman web misteri tiba-tiba muncul mendedahkan tentang tiga tahanan yang dibebaskan dan rasuah sebanyak RM5.5 juta yang dibayar. BPR serta merta melancarkan siasatan dan masa depan politik Johari seolah-olah menuju penghujungnya.

Johari kembali melawan. Dia mengugut akan membocorkan tentang Abdullah dan Majlis Tertinggi umno telah mengarahkannya untuk mensabotaj Mahathir didalam pemilihan perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu. Ini menyalahi perlembagaan parti, termasuk juga Kod Etika Parti. Keseluruhan Majlis tertinggi mesti meletakkan jawatan, termasuk Abdullah, sekiranya perkara ini didedahkan kepada umum. Sebenarnya, perkara ini sudah pun menjadi pengetahuan umum kerana Malaysia Today telah mendedahkan perkara ini didalam artikel Dolahgate. Tetapi setakat ini, tiada siapa yang tampil kedepan untuk memberi keterangan dan Johari mengancam akan melakukannya.

Satu perjanjian telah dicapai. BPR akan mengumumkan bahawa siasatan terhadap Johari telah dilakukan dan mendapati tiada bukti menunjukkan Johari menerima RM5.5 juta. Johari pula akan berdiam diri dan memastikan Abdullah dan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi selamat. Tetapi Johari tidak berpuas hati. Dia mengarahkan Pengarah BJP untuk menyiasat siapakah dibelakang laman web yang mendakwa beliau membebasan tiga pemimpin kongsi gelap dan menerima rasuah RM5.5 juta. Kesemua jejak-jeak menuju kearah Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah, Christopher Wan. Johari menjadi marah kerana ianya dilakukan oleh orang dalam. Christopher Wan merupakan barua IGP. Oleh itu, fikir Johari, Ketua Polis Negara mestilah orang yang cuba memerangkap beliau. Johari mahu bertindak balas dan mengarahkan Pengarah BJP untuk mengambil tindakan terhadap ketua-ketua kongsi gelap yang memihak kepada KPN. Dan itulah sebabnya mengapa semua pemimpin kongsi gelap ini ditangkap, bukan untuk keselamatan ataupun menghapuskan sindiket pelacuran, dadah, Ah Long ataupun sindiket judi, tetapi memastikan kesemua orang-orang KPN dihapuskan.

Tetapi KPN mempunyai sesuatu yang tidak dipunyai Johari. KPN bersubahat dengan Peguam Negara dan BPR. Tiga lawan satu. Dan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, juga bos kepada Johari, lebih memerlukan KPN, BPR dan Peguam Negara daripada Johari. Oleh itu, Johari perlu diketepikan. Tetapi Johari juga cerdik. Lagipun, dia adalah ahli politik. Dia cepat-cepat membuat perjanjian dan membiarkan pegawai-pegai polis yang mengikut arahannya, hanyut bersendirian.Kalau dia boleh mensabotaj bekas ketuanya, Dr. Mahathir, yang menaikkannya dari hanya seorang guru sehinggalah menjadi seorang menteri, apalah sangat kalau dibandingkan dengan pegawai polis. Nah! Orang yang mengikut arahan masuk penjara, orang yang member arahan bersenang lenang. Ini harus menjadi tauladan kepada penjawat awam, terutamanya kepada anggota polis. Jangan sekali-kali cuba berbuat baik kepada ahli politik, kerana apabila terjerat, anda sendiri menanggungnya.

Apa kena mengena Abdullah dalam hal ini? Tangan Abdullah diikat. Dia sebelum ini mengarahkan KPN untuk menahan BSA Tahir dibawah seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekiranya polis menahan BSA Tahir dibawah Seksyen 73, Cawangan Khas boleh menahan beliau selama 60 hari. Dan selepas menahan, mereka boleh menyiasat dan mengetahui siapakah dibelakang Scomi yang mengekspot komponen nuklear keLibya. Ini amat berbahaya kerana Scomi dimiliki oleh anak Abdullah, Kamal, dan sekiranya penyiasatan mendedahkan Kamal mengetahui tentang apa yang berlaku dan dia adalah sebahagian daripada kes ini, maka Amerika Syarikat sudah tentu mahukan Kamal.

Dan, Tahir pun ditahan dibawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang ditandatangani oleh Abdullah sendiri, bukan polis. Seksyen 8 adalah hak Perdana Menteri bukan polis, yang hanya boleh menahan anda dibawah Seksyen 73. Dan inilah yang sebenarnya terjadi kepada HINDRAF 5, seperti yang dilaporkan didalam artikel “All that crap”. Tetapi persoalan yang lebih menarik bukannya mengapa Tahir ditangkap dibawah Seksyen 8, dan bukannya Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan Cawangan Khas menyiasat siapa dibelakang Skandal Scomi. Apa yang penting ialah dimana Tahir sekarang? Dia sepatutnya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ini bermakna dia berada di Kem Tahanan Kamunting. Tetapi adakah dia berada disana? Dan kalau tidak, dimana?

Ya. Persoalan ini jauh lebih penting daripada mengapa dia ditahan dibawah Seksyen 8, bukannya Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tahir bukan didalam tahanan. Tahir sebenarnya didalam perlindungan. Dia diberi perlindungan supaya Cawangan Khas Malaysia dan CIA Amerika tidak dapat berjumpa dengannya. Dan Abdullah mempunyai kuasa untuk melakukan ini seperti yang dilakukan kepada HINDRAF 5 dimana Cawangan Khas juga amat berharap untuk bertemu mereka tetapi gagal.

Abdullah juga tidak mempunyai kuasa terhadap kesemuanya. KPN, Pengarah BPR dan Peguam Negara mempunyai pakatan tersendiri. Dan mereka akan terus berkhdimat kepada Abdullah asalkan Abdullah tidak cuba memijak mereka. Skandal Dollahgate, Skandal Scomi dan Skandal Oil-for-Food, sudah cukup untuk melenyapkan Abdullah untuk satu jangka waktu yang lama. Tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya KPN, BPR dan Peguam Negara membuat keputusan untuk melancarkan kes terhadapnya. Dan keadaan pada masa ini seolah-olah ‘tiada kes lah’.
Johari mempunyai peperangannya sendiri dengan KPN. Dan kedua-dua kumpulan kongsi gelap terpaksa bersaing untuk merebut kawasan dan penguasaan terhadap pelacuran, dadah, Ah Long dan sindiket judi haram. Dan kalau diperhatikan pada apa yang berlaku sekarang, pihak KPN akan menang kerana Johari sudah mengundur kebelakang dan membiarkan lebih setengah dozen pegawai polis dijadikan kambing korban.

Ya, bukan sahaja kambing, bebiri, lembu dan unta yang dikorbankan pada Hari Raya Haji ini. Pegawai polis juga dikorbankan. Saya tidak akan menitiskan airmata untuk polis yang menahan rakyat Malaysia tanpa bicara dan menyiksa tahanan semasa ditahan. Saya juga tidak akan menitiskan airmata untuk polis yang mengikut perintah tuan politik mereka yang mana sepatutnya mereka menurut perintah rakyat yang membayar gaji mereka.

Tetapi saya mengaku, saya kasihan kepada pegawai polis yang telah dipergunakan didalam persaingan sindiket jenayah terancang, diantara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPN, dan kesemuanya akan dipenjarakan kerana kesalahan “ saya hanya menjalankan arahan”. Lagi sekali seorang pegawai polis menggunakan ayat tersebut. Saya akan ketawa sekuat-kuatnya dan mengingatkan mereka tentang apa yang berlaku kepada Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan dan lebih sedozen pegawai-pegawai yang lain apabila mereka “hanya menjalankan arahan”.

Nota: Holy trinity dan holy ghost adalah terma yang digunakan didalam ugama Kristian. Perkataan ini dikekalkan untuk mengelak salah tafsiran sekiranya terjemahan tidak tepat


(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal "Unholy trinity" oleh Raja Petra Kamarudin. Sekiranya terdapat kekeliruan sila rujuk keartikel asal disini.....


Balik kemuka depan...

No comments: