Sunday, December 23, 2007

Semua yang haram - Raja Petra

Akhbar arus perdana terus bercakap mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Gerakan anti-ISA, BERSIH dan HINDRAF. Sekarang kita perlu memahami bahawa akhbar arus perdana sama ada dimiliki oleh kerajaan ataupun parti pemerintah. Akhbar-akhbar milik persendirian ataupun yang tidak terikat dengan parti pemerintah masih perlu melakukan tapisan-sendiri untuk memastikan permit tahunan mereka diperbaharui apabila tiba masa untuk penilaian.

Banyak akhbar yang berfikiran bebas mendapati permit mereka tidak diperbaharui dihujung tahun kerana mereka tidak memahami perbezaan diantara ‘bebas’ dan ‘berfikiran-bebas’. Anda boleh bebas selagi anda tidak berfikiran bebas, sama seperti Malaysia membenarkan kebebasan bersuara walaupun ia tidak membenarkan kebebasan SELEPAS bersuara. Anda bebas untuk bercakap tetapi anda tidak bebas selepas bercakap. Oleh itu, anda anda boleh bebas selagi anda tidak bebas berfikir dan selagi anda menurut apa yang tertulis tentang apa yang dikehendaki oleh kerajaan. Kalau anda memahami ini, maka periuk nasi anda selamat. Kalau tidak, anda tahu apa yang akan terjadi.

Perkataan haram sering digunakan selepas perkataan perhimpunan. Ini untuk menanam kepercayaan bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang salah melalui perhimpunan ataupun berkumpul.Dibawah Akta Polis Malaysia, anda perlu memohon permit polis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perhimpunan itu. Kebiasaannya polis akan menolak permohonan anda atas alasan ‘keselamatan negara’. Walaupun anda boleh merau tetapi sekiranya polis membuat keputusan perhimpunan anda merupakan ancaman kepada keamanan, kestabilan dan keselamatan Negara, maka jarang sekali Menteri akan menolak keputusan polis itu.

Ada masanya, dan ini amat sering berlaku, apabila polis menolak permohonan anda pada saat-saat akhir, kadang-kadang pada hari perhimpunan itu sendiri! Ini memberikan anda masa yang terlalu singkat untuk merayu kepada Menteri yang juga Perdana Menteri. Tambahan pula dia selalu keluar negeri hampir setiap dua minggu sekali dan oleh itu amat sukar untuk berjuma dengannya untuk membuat rayuan. Pernah terjadi, polis memberikan kebenaran tetapi membatalkannya pada hari dimana perhimpunan diadakan walaupun anda sudah berkumpul dan perhimpunan menjadi semakin besar. Inilah yang terjadi diBatu Burok, Terengganu baru-baru ini dan itulah sebabnya orang ramai tidak besurai. Mereka telah diberitahu bahawa polis telah memberikan permit untuk berhimpun tetapi mereka tidak sedar bahawa polis telah membatalkannya beberapa jam sebelum acara dimulakan.

Perkataan haram sangat effektif kerana orang-orang Melayu sering disumbat dengan perkataan haram dan halal sejak mereka dilahirkan lagi. Orang Melayu dibesarkan dengan penuh pertanyaan haram dan halal kerana pemikiran mereka telah ditanam dengan sebegitu rupa. Ini semua merupakan sifat dan budaya Melayu.

‘Faedah’ adalah haram, oleh itu anda perlu meminjam dari Bank Islam, bukan bank kafir. Benar, bank Islam mengenakan kadar ‘keuntungan’ tetap, katakan 10% setahun. Faedah boleh jadi lebih rendah dari itu dan ini bermakna kos meminjam dari bank kafir adalah lebih rendah dari bank Islam. Tetapi bank kafir mengenakan ‘faedah’, yang mana adalah haram, manakala bank Islam mengenakan ‘keuntungan’. Oleh itu ianya tidak haram walaupun kadarnya lebih tinggi.

Adakah anda nampak bahawa pemilihan perkataan yang sesuai menentukan sama ada anda pergi kesyurga atau neraka, walaupun perbuatannya tetap sama? Membunuh atas sebab membuat keuntungan hukumya neraka manakal membunuh kerana ugama menjanjikan syurga.Membunuh diri kerana kekecewaan hukumnya neraka manakala membunuh diri kerana ugama hukumnya syurga. Anda perlu tahu mempermainkan perkataan untuk memastikan perbuatan anda akan dibalas dengan syurga dan memastikan anda tidak dihantar keneraka. Malangnya, babi yang disembelih secara Islam tetap akan haram walaupun cara yang digunakan menepati shariat Islam.

Oleh itu, memilih perkataan yang sesuai sangat penting dan seterusnya, menggunakan perkataan haram selepas perkataan ‘perhimpunan’ akan menyebabkan orang-orang Melayu yang berhimpun lebih dari 4 orang ataupun tanpa permit polis, merasakan mereka telah melakukan satu jenayah yang serius. Anda mungkin mengatakan bahawa kerajaan mencuba untuk mengaburi mata orang-orang Melayu dengan menghukum sesuatu perhumpunan itu sebagai ‘perhimpunan haram’. Sebenarnya, kerajaan juga cuba mengaburi mata Tuhan dan menipu apabila menukarkan perkataan ‘faedah’ dengan perkataan ‘keuntungan’, kemudian mengisytiharkan keseluruhan sistem riba itu sebagai sistem Islam. Kalau Tuhan pun boleh ditipu, apatahlagi orang-orang Melayu.

Satu lagi perkataan yang diharamkan ialah perkataan ‘Allah’. Sudah tentu, ianya tidak diharamkan kepada orang-orang Islam. Cuma orang-orang bukan Islam tidak boleh menggunakannya. Tetapi ini hanya diMalaysia. Ini menjadikan kita tertanya-tanya, sama ada Malaysia telah memohon hakcipta untuk menggunakan perkataan itu seperti Harley Davidson yang mempunyai hak ekslusif terhadap bunyi ‘exhaust pipe’ mereka. Benar! Harley Davidson mempunyai hak ekslusif terhadap bunyi exhaust pipe mereka dan orang-orang Jepun, Jerman dan Itali tidak boleh mengeluarkan motorsikal yang mempunyai bunyi seperti motorsikal Harley Davidson. Ini seolah-olah seperti Britney Spears mahu mempatenkan bunyi kentutnya. Adakah anda dapat bayangkan bila tiada siapa dibenarkan kentut yang menyerupai bunyi kentut Britney Spears?

Allah merupakan perkataan Arab yang bermaksud Tuhan. Ada yang mengatakan perkataan ini terhasil melalui percantuman perkataan ‘Al (yang bermaksud SATU) dan ‘ilah’ (yang bermaksud TUHAN) Oleh itu, Allah bermaksud Tuhan yang satu. Ada lagi satu teori yang menjurus kepada asal usul perkataan ini kepada bahasa Aramaic, Alaha. Aramaic adalah bahasa yang digunakan oleh Nabi Isa.

Tidak disangsikan, sementara perkataan ini digunakan secara meluas oleh orang-orang Melayu untuk menjelaskan ‘Tuhan’, ia juga digunakan oleh orang-orang yang berbahasa Arab dari semua pengikut Ibrahim, termasuk Kristian dan Yahudi untuk menjelaskan ‘Tuhan’. Oleh itu, orang-orang Arab dikalangan penganut Yahudi dan Kristian juga merujuk Tuhan mereka sebagai ‘Allah’.

Semasa zaman pra-Islam, musyrikin Arab juga merujuk Tuhan-pencipta mereka sebagai ‘Allah’. Oleh itu, perkataan ‘Allah’ tidak semestinya perkataan Islam untuk Tuhan. Ia juga merupakan perkataan pra-Islam untuk Tuhan, walaupun orang-orang Arab pada masa itu percaya kepada 360 Tuhan yang berlainan. Allah, semasa zaman pra-Islam, bukan lah satu. Ia bersekutu dan mempunyai kerabat termasuk anak-anak. Terdapat juga pertalian diantara Allah dan Jin tetapi Allah merupakan ketua kepada semua Tuhan kepada orang-orang Arab pada masa itu.

Perhimpunan dan perarakan adalah haram. Sekarang, penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh orang-orang bukan Islam juga haram, mengikut islam Hadhari. Dan penggunaan perkataan ‘Allah’ tidak haram menurut Islam Nabi Muhammad. Ia hanya haram menurut Islam Hadhari.
Sebenarnya, Islam memerlukan anda berkumpul dan melakukan perkara didalam kumpulan ataupun masyarakat. Anda digalakkan bersembahyang secara berkumpulan ataupun beramai-ramai, kerana itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian. Anda digalakkan bergerak didalam kumpulan ataupun bermasyarakat, kerana itu lebih baik daripada bersendirian. Dan anda digalakkan untuk berkumpul didalam kumpulan kerana mana mungkin anda berkumpul kesaorangan, jika tidak bagaimana dikatakan berkumpul. Sebenarnya, masjid adalah tempat dimana anda berkumpul dan membincangkan perkara-perkara yang menyentuh masyarakat. Sudah semestinya anda bersembahyang didalam masjid ini, tetapi itu hanyalah untuk beberapa minit, lima kali sehari. Diantara waktu-wkatu ini, masih lagi terdapat 23 jam daripada 24 jam, untuk membincangkan perkara-perkara penting.

Adalah wajib bagi setiap orang Islam untuk melibatkan diri didalam perkara-perkara yang menyentuh masyarakat.Adalah tidak wajar sekiranya anda hanya menampakkan diri untuk bersembahyang dan tiba-tiba terus menghilangkan diri selepas itu sehingga lah waktu sembahyang yang berikutnya. Itu akan menjadikan anda sebagai seorang Muslim yang kurang baik. Anda perlu mengambil bahagian didalam apa jua perbincangan dan mesyuarat yang diadakan untuk menambahbaikkan masyarakat. Islam adalah ugama mengenai masyarakat. Masyarakat diutamakan dan anda melakukan perkara sebagai sebahagian daripada masyarakat, untuk kebaikan keseluruhan masyarakat supaya masyarakat itu boleh bergerak kehadapan dan membangun menjadi lebih baik.

Perhimpunan dan perarakan, sesungguhnya adalah perkara-perkara yang digalakkan oleh Islam. Dan masjid direka untuk membolehkan perhimpunan diadakan. Sembahyang Jumaat, yang diwajibkan kepada semua umat Islam, adalah perhimpunan. Mengerjakan Haji keMekah juga merupakan perhimpunan dimana umat Islam percaya, wajib dilakukan sekali seumur hidup. Perhimpunan tidak haram. Perhimpunan adalah wajib. Dan anda berhimpun bukan hanya untuk bersembahyang tetapi untuk berbincang, berbahas, mengeluarkan buah fikiran, menganalisa, mencadang, menyebarkan, menyatukan dan melakukan apa saja yang diperlukan untuk membuang kemungkaran didalam masyarakat dan mencari penyelesaian untuk kebahagiaan.

Perhimpunan haram, seperti yang diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia, bukanlah haram. Ianya adalah sebahagian dari Islam dan dituntut oleh Islam. Dan saya mencabar, kepada semua mereka yang berjanggut, berjubah dan berkopiah putih, untuk membuktikan saya salah. Beritahu saya bahawa orang-orang Arab dizaman Rasulullah tidak berhimpun untuk membincangkan perkara-perkara mengenai masyarakat. Beritahu saya bahawa orang-orang Arab dizaman rasulullah tidak berbincang, berbahas, mengeluarkan buah fikiran, menganalisa, mencadang, menyebarkan dan sebagainya didalam perhimpunan ini supaya mereka dapat mencari jawapan kepada permasalahan masyarakat. Beritahu saya, bahawa orang-orang Arab dizaman Rasulullah tidak mencari penyelesaian dan tiada resolusi apabila mereka berbincang, mengeluarkan buah fikiran, menganalisa, mencadang, menyebarkan apa-apa didalam perhimpunan ini, ketika mereka bersemuka dengan pemimpin mereka. Sekiranya perhimpunan adalah haram, maka orang-orang Arab dizaman Rasulullah terdiri dari masyarakat yang tidak bermoral dan apa jadahnya kita diberitahu supaya mencontohi ummah dizaman Rasulullah.

Sama juga dengan perkataan ‘Allah’. Bukankah ‘Allah’ merupakan perkatan pra-Islam, musyrikin arab menggunakannya untuk merujuk kepada Tuhan mereka? Dan bukankah perkataan yang sama digunakan oleh orang-orang Arab Yahudi dan Kristian untuk merujuk kepada Tuhan mereka? Tambahan pula, bukankah Islam mengajar kita bahawa umat Yahudi, Kristian dan Islam adalah pengikut Ibrahim dan percaya kepada Tuhan yang sama, yang satu dan hanya satu yang dipanggil Allah? Dan bukankah itu sebabnya mengapa Yahudi, Kristian dan Islam dikenali sebagai Ahli Kitab?

Ya, kita semua berkongsi Tuhan yang sama. Jadi, mengapa kita tidak boleh berkongsi nama yang sama untuk Tuhan ini? Sebenarnya, Ibrahim, Musa dan Isa disebut didalam Quran. Dan Quran memberitahu kita bahawa Islam bukanlah satu ugama baru tetapi adalah ugama Ibrahim. Dan penganut ugama-ugama Ibrahim yang lainnya juga memanggil Tuhan mereka sebagai Allah yang mana merupakan Tuhan yang sama bagi umat Islam. Hanya satu Tuhan untuk semua. Tidak ada 3 Tuhan. Tidak ada Tuhan yang berasingan untuk Yahudi, Kristian dan Islam. Dan ketiga-tiganya – Yahudi, Kristian dan Islam – percaya kepada Tuhan yang disembah oleh Ibrahim. Jadi, mengapa hanya orang-orang Islam yang dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ sementara yang lain diharamkan menggunakan perkataan ini?

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal "All that is haram" oleh Raja Petra Kamarudin. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk artikel asal disini.....)


Balik kemuka depan....

No comments: