Dari: http://www.malaysiakini.com/news/76305
Dalam satu tindakan yang berani, seorang pemimpin parti Gerakan telah mengkritik Umno, sebagai pemimpin Barisan Nasional, kerana menghasut sentimen perkauman dikalangan orang Melayu untuk kepentingan politik mereka.
“Mereka menghasut sentiment perkauman dikalangan masyarakat mereka sebagai alat untuk kepentingan karier politik mereka.” Dakwa Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy hari ini.
Percubaan sedemikian, tambahnya lagi, , termasuk menghina parti-parti lain didalam komponen Barisan Nasional yang mengharapkan sokongan dari kalangan bukan Melayu.
“Pemimpin Umno sangat gemar mengkritik parti-parti lain didalam komponen BN dan menggunakan mereka sebagai bahan untuk dibuli ataupun menjadikan parti-parti lain sebagai batu loncatan untuk menjadi popular dikalangan masyarakat mereka.” Kata Paranjothy didalam kenyataan keras sebanyak empat muka yang bertajuk “ Diskriminasi dari perut ibu hingga ke
liang lahad”
Dakwaan Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein dan Timbalannya Khairy Jamaludin , bahawa orang-orang bukan Melayu akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kepimpinan Umno, adalah contoh paling nyata tentang sikap perkauman mereka.
Beliau juga menyebut tentang ucapan Khairy ketika Perhimpunan Agung Umno bulan lepas yang mana beliau telah menyalahkan penjual-penjual suratkhabar yang tidak mahu bekerja pada hari Deepavali. Kenyataan itu dibuat kerana sektor ini dikuasai hampir sepenuhnya oleh orang-orang India.
(Setiap tahun, suratkhabar akan mengambil cuti bagi setiap perayaan. Tahun ini, Hari Deepavali jatuh ketika Perhimpunan Agung Umno dijalankan, dan Ucapan Dasar Presiden tidak dapat disiarkan keesokan harinya)
Umno sangat gemar memainkan isu-isu sensitif dikalangan rakyat Malaysia. Kenyataan dan keputusan yang dibuat oleh ahli politik Umno sering bersifat menindas dan mengandungi banyak kecaman-kecaman yang bersifat perkauman. Jadi siapakah yang bermain dengan politik perkauman diMalaysia? Siapa yang menyebabkan perpecahan kaum? Tanya Paranjothy.
Dia juga member amaran bahawa perpaduan nasional tidak akan tercapai selagi parti-parti politik dan ahli-ahli politik terus menggunakan pendekatan perkauman didalam politik.
“Ahli-ahli politik sering merasakan bahawa mereka mesti memperjuangkan parti mereka. Oleh kerana kita mempunyai parti yang berlandaskan kaum, mereka hanya memperjuangkan kaum mereka sahaja. Oleh itu, amat susah untuk mencapai apa-apa juga persepakatan.
Beliau juga menekankan tentang betapa perlunya kesemua 14 komponen parti BN dicantumkan menjadi sebuah parti untuk menamatkan manipulasi perkauman didalam politik.
“Didalam parti yang berbilang kaum, sekiranya seseorang ahli politik itu mahu Berjaya, dia perlu membuktikan kemampuannya dan mendapat sokongan dari semua bangsa, bukan dikalangan bangsanya sahaja, “ terangnya lagi.
Warganegara kelas empat
Menyentuh tentang Perhimpunan Hindraf pada 25 Nov lalu, Paranjothy berkata, 30,000 orang-orang India menyertai perhimpunan itu untuk menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka kerana masyarakat India telah “dipinggirkan, ditindas dan dibiarkan”.
Paranjothy juga berkata, orang-orang India merupakan kumpulan yang terbiar didalam ekonomi dan pendidikan.
“Mereka dilayan seperti warganegara kelas empat. Tempat dimana orang-orang India mempunyai penguasaan kebanyakannya ialah dipenjara, jenayah berat, gangsterisma, bunuh diri dan masalah sosial. Dasar kerajaan telah gagal untuk memperbaiki keadaan ini.
Mengenai pendirian tegas kerajaan tentang demonstrasi umum, Paranjothy menyatakan bahawa kerajaan mengamalkan pilih kasih didalam isu memberikan permit polis.
“Saya telah menyertai demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional, yang diketuai oleh Pemuda Umno, untuk menghantar memorandum…. Mengenai beberapa isu yang berlaku diluar negara yang saya rasakan tidak menguntungkan Malaysia.
“Apakah Pemuda BN mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ataupun tunjuk perasaan?.. Kerajaan seolah-olah bersikap berat sebelah berkenaan kebenaran untuk perhimpunan awam. BN telah memulakan budaya demonstrasi jalanan dan sekarang orang lain sudah mengikutnya.
Sunday, December 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment